26/02/2012: 10pg.- Taklimat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ,dari Bahagian Siasatan,Penguatkuasa dan Undang-undang yang diketuai oleh Pn.Hjh. Hazilah Bte.Hawa, kepada ahli2 KOPKETA mengenai Pergantungan Pentadbiran dan Pengurusan Ahli-ahli Lembaga Kopketa ,di SM Agama Kerajaan Johor. En. Zahari Omar ,selaku Ketua Unit Siasatan telah mengemukakan Satu Laporan Hasil Siasatan kepada pihak SKM . Lantaran hasil ini didapati pihak ALK ada dan terlibat dengan salahlaku tatacara pengurusan yang boleh memudharatkan perjalanan koperasi ini.Pergantungan dibuat selaras dengan Seksyen 67,Akta Koperasi 1993 yang boleh membawa kepada kemudharatan kepada ahli2 dan Koperasi.Tindakan seterus bergantung kepada siasatan Jenayah dan Civil selepas menunggu keputusan muktamad dari Menteri Penggunaan dan Koperasi, atas rayuan dari ALK yang terlibat.
Turut hadir ialah En.Noh Bin Tokio,Tim. Pengarah SKM Johor yang juga bertindak selaku Ketua Pentadbiran baru Kopketa semasa penggantungan. En. Adnan , Pengarah SKM Kluang , Pn. Halizah Hassan selaku Pengarah Bahagian Siasatan,Kuatkuasa dan Undang SKM , En.Zahari Omar,Ketua Unit Siasatan serta rakan setugas penguatkuasa SKM.

En. Adnan selaku Pengerusi majlis
En. Nooh Bin Tokio, Pengarah baru Kopketa
merangkap Tim. Pengarah SKM Johor
No comments:
Post a Comment