Saturday, 25 February 2012

Majlis Taklimat Pengambilalihan Kawalan Keatas KOPKETA

26/02/2012: 10pg.- Taklimat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ,dari Bahagian  Siasatan,Penguatkuasa dan Undang-undang yang diketuai oleh Pn.Hjh. Hazilah Bte.Hawa,  kepada ahli2 KOPKETA mengenai Pergantungan Pentadbiran dan Pengurusan Ahli-ahli Lembaga  Kopketa ,di SM Agama Kerajaan Johor. En. Zahari Omar ,selaku Ketua Unit Siasatan telah mengemukakan Satu Laporan Hasil Siasatan kepada pihak SKM . Lantaran hasil ini didapati pihak ALK ada dan terlibat dengan salahlaku tatacara pengurusan yang boleh memudharatkan perjalanan koperasi ini.Pergantungan dibuat selaras dengan Seksyen 67,Akta Koperasi 1993 yang boleh membawa kepada kemudharatan kepada ahli2 dan Koperasi.Tindakan seterus bergantung kepada siasatan Jenayah dan Civil selepas menunggu keputusan muktamad dari Menteri Penggunaan dan Koperasi, atas rayuan dari ALK yang terlibat.

           Turut hadir ialah En.Noh Bin Tokio,Tim. Pengarah SKM Johor yang juga bertindak selaku Ketua Pentadbiran baru Kopketa semasa penggantungan. En. Adnan , Pengarah SKM Kluang , Pn. Halizah Hassan selaku Pengarah Bahagian Siasatan,Kuatkuasa dan Undang SKM , En.Zahari Omar,Ketua Unit Siasatan serta rakan setugas penguatkuasa SKM.

En. Adnan selaku Pengerusi majlis

En. Nooh Bin Tokio, Pengarah baru Kopketa
merangkap Tim. Pengarah SKM Johor







Wednesday, 22 February 2012

Taklimat Pengambilalihan Kawalan Keatas KOPKETA

                          Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan mengadakan satu sesi taklimat berkaitan dengan penggantungan KOPKETA yang akan di adakan :

Tarikh   : 26 hb. Februari 2012 (Ahad)
Masa   : 10.00pg.
Tempat :  Dewan SM.Agama Kerajaan Johor,
Jalan Sentosa Off Jalan Hospital
86000 Kluang Johor

Ahli Lembaga KOPKETA digantung di bawah Seksyen 69 Akta Kopersi 1993.

         Pihak SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia ) telah mengadakan pemeriksaan di bawah seksyen 64 Akata  Koperasi 1993 ke atas Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor pada 18-20 Mei dan 14-15 Julai 2011.Setelah mengkaji laporan hasil pemeriksaan, pihak SKM berpuas hati bahawa ALK Kopketa telah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut suatu cara yang memudaratkan koperasi dan anggotanya serta melanggar peruntukan seksyen 44(1),45(1),54A(1) dan 54(2)(b) Akta koperasi 1993.
        SKM dengan ini membuat perintah menggantung semua anggota lembaga KOPKETA berkautkausa mulai 16 Januari 2012.

Wednesday, 15 February 2012

Jangan Biarkan PAHALA menjadi reput begitu sahaja

"Sebaik-baikl manusia itu ialah bukan yang tidak pernah melakukan DOSA, tetapi yang segera bertaubat sebaik sahaja melakukan kesilapan" . Melakukan maksiat batin seperti tamak, haloba,riak,sombong boleh merosakan fikiran,menghancurkan akhlak dan akhirnya memusnahkan kehidupan kita. Sudah jadi fitrah kita tidak pernah melakukan salah dan dosa. Justeru itu harus bertaubat segera,membaiki diri sebelum kita tiada kesempatan untuk berbuat demikian,memohon keampunan kepada Allah jangan sampai karat dosa itu bertimbun dan sukar untuk disuci. Jangan biarkan pahala menjadi reput begitu sahaja.