Friday, 19 September 2014





STRUKTUR ORGANISASI KOPKETA
Ahli Jemaah Lembaga Kopketa


1.JEMAAH PENGARAH KOPKETA
PENGERUSI :Borhani Abu Bakar
S/USAHA : Abdul Azizal Abd Aziz
BENDAHARI: Zulkapley Ibrahim
 
2.JAWATANKUASA KERJA BIRO-BIRO
A.BIRO PERLADANGAN :
   Karunakaran Muthu@Kriss (K)
   Mohd.Nawawi Abd.Majid
   Ishak Arshad
 
B.BIRO KEBAJIKAN :
    Hj.Abas Mat Dol (K)
    Che Esah Hassan
    R.Rohana R Daud
    Pujiyah Roslan
 
C.BIRO PELABURAN :
    Zainuddin Mohamad (K)
    Karunakaran Muthu@ Kriss
    Ramnah Kassim


3.JURU AUDIT DALAMAN
  

4.EMPAT SAMUDERA PLANTATIONS SDN.BHD.
   Borhani Abu Bakar -Pengerusi
    Abdul Azizal Abd Aziz - Setiausaha
    Zulkapley Ibrahim - Bendahari
   
5.UNIT PENGURUSAN & KEANGGOTAAN
  Norsila Hj.Ashari (K)
  Raden Mohd Al-Faiq-Kerani Am
  Ibrahim Idham Idris –Kerani Am
  Sayanah Ngardjan – Pekerja Am

6.UNIT KEWANGAN DAN HASIL
 Roselinda Ahmad Daud (K)
 Noorhaffizah Khamis –Pen.Peg.Kewangan
 Mohd Taufik Md.Yusof- Kerani Am

7.UNIT PERLADANGAN
  Hj.Mohamad Sapok – Pengurus
  Mohamad Norh Zanal – P.Pengurus
  Baharuddin Zainal A bidin – Peg.Ladang
  Mohd Saidi Majed – Peg.Ladang
  Habsah Wagiman – Peg.Kerani
  Pengawal Keselamatan – 6 orang
  Pekerja Ladang – 10 orang (tetap)
                                  21(kontrak)
  Pemandu – 3 orang

Saturday, 17 May 2014

perniagaan berkonsepkan filem dan drama

Subsidiari KOPKETA-Empat Semudra Plantation 
sdn. Bhd. dan YB Pictures Sdn. Bhd

Pada 14 April 2010 di Bilik Mesyuarat KOPKETA telah berlangsung satu.Mesyuarat di antara Subsidiari KOPKETA-Empat Semudra Plantation sdn. Bhd. dan YB Pictures Sdn. Bhd. Mesyuarat di Pengerusikan 
oleh Ketua Pengarah Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd. iaitu Tuan Hj Othman Bin Ahmad bertujuan membincangkan peluang perniagaan berkonsepkan filem dan drama. Kesempatan ini diambil di atas kepercayaan dan keyakinan Lembaga Pengarah ESPSB kepada Cik Hamidah Bte Abu Hassan selaku Anggota Lembaga Koperasi yang telah terlibat secara langsung di dalam dunia perfileman dan drama ini.


Gambar kenang-kenangan, Tuan Hj Mohd Shah B. Ithnin Pengerusi 
KOPKETA dan Tuan Hj Othman B. Ahmad Ketua Pengarah ESPSB 
di DPALMA HOTEL, Kuala Lumpur selepas Majlis Menandatangi 
MOU filem "HIJAB" di antara ESPSB dan YB Pictures S/B pada
 tanggal 21hb April 2010.


Rumah Banglo KOPKETA
JENIS/OPTION : A / 1
NAMA : MERANTI PUTERI
LUAS BINAAN : 2017 kps
LUAS TANAH : 5400 kps

JENIS / OPTION : C / 3
NAMA : DAUD ITALIA
LUAS BINAAN : 2029 kps
LUAS TANAH : 5400 kps



JENIS / OPTION : D / 4
NAMA : JUNTAI ARA
LUAS BINAAN : 2022 kps
LUAS TANAH : 5400 kps

Thursday, 19 April 2012

Tuntutan Intergriti dalam pengurusan Koperasi

        Saya sebagai ahli Koperasi Kemajuan tanah Johor Bhd.(Kopketa) sangat bersetuju dan ingin mengucapkan tahniah atas Catatan YB Datuk Md. Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM dalam ruangan 'Coretan minda"  Utusan Malaysia keluaran Rabu 18 April,2012. Beliau telah mengingatkan kita terutama ahli-ahli koperasi supaya melihat semula peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli dalam pengurusan koperasi. Jangan lah kita terlalu percaya kepada sesaorang  individu hinggakan kita tidak melakukan check and balance terhadap apa yang dibuat oleh pihak pengurusan atau ahli lembaga pengarah .

       Kita juga jangan terlalu tamak dengan keuntungan tinggi yang dijanjikanm hingga kita lupa berpijak ke alam nyata dan paling penting kita kena tahu kenapa kita menganggotai sesabuah koperasi.Persoalannya beliau menjelaskan sehingga hari ini ada koperasi yang tidak maju walaupun telah wujud lebih 30 tahun . Kita juga pernah mendengar ada ahli-ahli koperasi ditipu oleh anggota ahli lembaga atau pihak pengurusan koperasi melalui wang yang dilaburkan tanpa mengetahui kesahihan punca pelaburan itu .

       Beliau juga bersetuju Ahli Lembaga Pengarah dan Audit Dalaman hendaklah berkerjasama dan dapat memberikan peranan saling melengkapi untuk memastikan amanah yang mereka pegang dapat ditunaikan.Beliau seterusnya mendedahkan ada insan yang diamanahkan tidak menunaikan janjinya seperti yang diharapkan . Beliau juga memberi contoh, anggota koperasi sepatutnya melaksanakan hak dan tanggunjawab sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang Kecil Koperasi(UUK) tetapi mereka ini tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut sebaliknya melakukan penyelewengan dan tidak amanah, maka kesanya adalah kepada semua.

         Beliau juga mendedahkan , ada setengah koperasi boleh membeli ahli dengan mengumpan elaun yang tinggi semasa mesyuarat agung tetapi  semua keputusan itu diputuskan oleh individu berkepentingan yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka ini mengaut keuntungan daripada ke alpaaan ahli dan ahli lembaga koperasi dan juga Jawatan kuasa Kerja yang tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

          Akhir sekali , beliau dengan ikhlas menasihatkan ahli-ahli koperasi , pastikan 'Peneraju' yang dipilih adalah mereka yang terbukti intergritinya .  Kepada peneraju koperasi beliau mahu mereka menjadi Peneraju Yang Berintergriti sahaja yang mampu membawa koperasi ke arah kecemerlangan.

Tuesday, 3 April 2012

Menanti Keputusan Pergantungan Ahli Lembaga Kopketa

Sejak 17 Januari 2012,Kopketa telah digantung dari mengurus dan mentadbir KOPKETA.Semua tugas-tugas ini diambil alih Pen.Pengarah Koperasi Johor. Ini bermakna semua urusan termasuk bantuan kebajikan kepada ahli-ahli telah digantung dan kerja-kerja pemulihan sedang dibuat oleh SKM Johor dengan dibantu oleh beberapa pegawai SKM Kluang. Dijangkakan keputsan muktamad nasib ahli-ahli ALK ini akan diputuskan oleh Menteri Koperasi dan Penggunaan. Sementara itu, beberapa orang ahli Kopketa sedang merangka dan bercadang memohon kepada SKM supaya kopketa dipulihkan seperti biasa . Walaubagaimana pun hal ini sukar ditentukan kerana SKM masih menunggu keputusan penggantungan ALK itu dan pihak SKM negeri ada memberi jaminan segaala urusan  ladang berjalan seperti biasa.

Saturday, 25 February 2012

Majlis Taklimat Pengambilalihan Kawalan Keatas KOPKETA

26/02/2012: 10pg.- Taklimat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ,dari Bahagian  Siasatan,Penguatkuasa dan Undang-undang yang diketuai oleh Pn.Hjh. Hazilah Bte.Hawa,  kepada ahli2 KOPKETA mengenai Pergantungan Pentadbiran dan Pengurusan Ahli-ahli Lembaga  Kopketa ,di SM Agama Kerajaan Johor. En. Zahari Omar ,selaku Ketua Unit Siasatan telah mengemukakan Satu Laporan Hasil Siasatan kepada pihak SKM . Lantaran hasil ini didapati pihak ALK ada dan terlibat dengan salahlaku tatacara pengurusan yang boleh memudharatkan perjalanan koperasi ini.Pergantungan dibuat selaras dengan Seksyen 67,Akta Koperasi 1993 yang boleh membawa kepada kemudharatan kepada ahli2 dan Koperasi.Tindakan seterus bergantung kepada siasatan Jenayah dan Civil selepas menunggu keputusan muktamad dari Menteri Penggunaan dan Koperasi, atas rayuan dari ALK yang terlibat.

           Turut hadir ialah En.Noh Bin Tokio,Tim. Pengarah SKM Johor yang juga bertindak selaku Ketua Pentadbiran baru Kopketa semasa penggantungan. En. Adnan , Pengarah SKM Kluang , Pn. Halizah Hassan selaku Pengarah Bahagian Siasatan,Kuatkuasa dan Undang SKM , En.Zahari Omar,Ketua Unit Siasatan serta rakan setugas penguatkuasa SKM.

En. Adnan selaku Pengerusi majlis

En. Nooh Bin Tokio, Pengarah baru Kopketa
merangkap Tim. Pengarah SKM Johor







Wednesday, 22 February 2012

Taklimat Pengambilalihan Kawalan Keatas KOPKETA

                          Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan mengadakan satu sesi taklimat berkaitan dengan penggantungan KOPKETA yang akan di adakan :

Tarikh   : 26 hb. Februari 2012 (Ahad)
Masa   : 10.00pg.
Tempat :  Dewan SM.Agama Kerajaan Johor,
Jalan Sentosa Off Jalan Hospital
86000 Kluang Johor