Thursday, 19 April 2012

Tuntutan Intergriti dalam pengurusan Koperasi

        Saya sebagai ahli Koperasi Kemajuan tanah Johor Bhd.(Kopketa) sangat bersetuju dan ingin mengucapkan tahniah atas Catatan YB Datuk Md. Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM dalam ruangan 'Coretan minda"  Utusan Malaysia keluaran Rabu 18 April,2012. Beliau telah mengingatkan kita terutama ahli-ahli koperasi supaya melihat semula peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli dalam pengurusan koperasi. Jangan lah kita terlalu percaya kepada sesaorang  individu hinggakan kita tidak melakukan check and balance terhadap apa yang dibuat oleh pihak pengurusan atau ahli lembaga pengarah .

       Kita juga jangan terlalu tamak dengan keuntungan tinggi yang dijanjikanm hingga kita lupa berpijak ke alam nyata dan paling penting kita kena tahu kenapa kita menganggotai sesabuah koperasi.Persoalannya beliau menjelaskan sehingga hari ini ada koperasi yang tidak maju walaupun telah wujud lebih 30 tahun . Kita juga pernah mendengar ada ahli-ahli koperasi ditipu oleh anggota ahli lembaga atau pihak pengurusan koperasi melalui wang yang dilaburkan tanpa mengetahui kesahihan punca pelaburan itu .

       Beliau juga bersetuju Ahli Lembaga Pengarah dan Audit Dalaman hendaklah berkerjasama dan dapat memberikan peranan saling melengkapi untuk memastikan amanah yang mereka pegang dapat ditunaikan.Beliau seterusnya mendedahkan ada insan yang diamanahkan tidak menunaikan janjinya seperti yang diharapkan . Beliau juga memberi contoh, anggota koperasi sepatutnya melaksanakan hak dan tanggunjawab sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang Kecil Koperasi(UUK) tetapi mereka ini tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut sebaliknya melakukan penyelewengan dan tidak amanah, maka kesanya adalah kepada semua.

         Beliau juga mendedahkan , ada setengah koperasi boleh membeli ahli dengan mengumpan elaun yang tinggi semasa mesyuarat agung tetapi  semua keputusan itu diputuskan oleh individu berkepentingan yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka ini mengaut keuntungan daripada ke alpaaan ahli dan ahli lembaga koperasi dan juga Jawatan kuasa Kerja yang tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

          Akhir sekali , beliau dengan ikhlas menasihatkan ahli-ahli koperasi , pastikan 'Peneraju' yang dipilih adalah mereka yang terbukti intergritinya .  Kepada peneraju koperasi beliau mahu mereka menjadi Peneraju Yang Berintergriti sahaja yang mampu membawa koperasi ke arah kecemerlangan.

Tuesday, 3 April 2012

Menanti Keputusan Pergantungan Ahli Lembaga Kopketa

Sejak 17 Januari 2012,Kopketa telah digantung dari mengurus dan mentadbir KOPKETA.Semua tugas-tugas ini diambil alih Pen.Pengarah Koperasi Johor. Ini bermakna semua urusan termasuk bantuan kebajikan kepada ahli-ahli telah digantung dan kerja-kerja pemulihan sedang dibuat oleh SKM Johor dengan dibantu oleh beberapa pegawai SKM Kluang. Dijangkakan keputsan muktamad nasib ahli-ahli ALK ini akan diputuskan oleh Menteri Koperasi dan Penggunaan. Sementara itu, beberapa orang ahli Kopketa sedang merangka dan bercadang memohon kepada SKM supaya kopketa dipulihkan seperti biasa . Walaubagaimana pun hal ini sukar ditentukan kerana SKM masih menunggu keputusan penggantungan ALK itu dan pihak SKM negeri ada memberi jaminan segaala urusan  ladang berjalan seperti biasa.